Tempat Menarik Di Pulau Weh Dan Sabang

Pulau Weh Dan Sabang – Bila Tuan/Puan melancong ke Aceh tak best rasanya bile tak berkunjung ke Sabang atau pulau Weh. Aceh memiliki banyak pulau yang cantik dengan semulajadi yang indah, salah satunya adalah pulau Weh atau yang lebih diketahui dengan panggilan Sabang.

Ramai orang memnaggil pulau ini dengan nama pulau Sabang tapi sebenar bukanlah pulau Sabang akan tetapi pulau Weh. Bandar Sabang terletak di pulau Weh, di mana Sabang adalah bandar utama yang terletak di pantai utara pulau itu. Jadi bandar yang popular di pulau weh adalah Bandar Sabang yang ramai di lawati oleh pelancong dari mancanegara dan pelancong tempatan.

Apa Yang Membuat Pulau Weh Dan Sabang Ini Menarik Untuk Di Lawati

Pulau Weh ini juga terkenal dengan tempat snorkeling dan menyelam yang indah. Itulah alasan mengapa banyak pelancong yang suka melawat Sabang atau pulau Weh. Pekan Sabang sendiri tidak mempunyai banyak tarikan untuk pelancong.

Bercakap mengenai bandar Sabang, ia juga mentadbir beberapa pulau kecil di sekitar Pulau Weh, seperti pulau Rondo, pulau Aceh, Pulau Kla, Pulau Seulako dan pulau Rubiah. Pulau di mana bandar Sabang terletak iaitu Pulau Weh, adalah titik utara bagi kepulauan Indonesia dan sering juga disebut sebagai titik kilometer 0.

Mengenai masaalah bagaimana boleh sampai ke Sabang, terdapat beberapa pilihan yang anda boleh pilih salah satunya iaitu dengan menggunakan flight terus ke lapangan terbang Maimun Saleh di Sabang, namun jaduwal flight ke lapangan terbang yang ada di Sabang ini tidak setiah hari ada.

Terdapat 3 penerbangan langsung menuju lapangan terbang yang ada di bandar Sabang ini kesemuanya melewati Lapangan Terbang Kuala Namu di Medan. Bagi pelancong yang berasal dari luar negeri Indonesia bila ingin terus menggunakan penerbang menuju Sabang kena transit dahulu di lapangan terbang Kualanamu Medan.

Pilihan selanjutnya bagi pelancong mancanegara dan pelancong tempatan boleh terus menaiki penerbangan dari lapangan terbang yang menyediakan penerbangan ke lapangan terbang Sultan Iskandar Muda Aceh dan terus ke dermaga Ulhe-lheu Banda Aceh dan menaiki bot laju atau ferry lambat menuju Sabang.

Bagi tuan/puan yang menggunakan bot laju atau ferry terdapat beberapa pilihan jam keberangakatan yang boleh tuan/puan pilih, bot laju beroperasi 3 x dalam sehari iaitu jam 8:00 pagi, jam 10:00 pagi dan jam 4:00 Petang. Ferry beroperasi 2 x sehari jam 8:00 pagi dan jam 4:00 petang.

Perjalanan balik dari Sabang menggunakan feri laju adalah pada 8:00 pagi dan 2:30 petang. Dari Balohan ke Ulee Lheue tidak ada kereta motosikal yang dibenarkan di atas kapal feri cepat. Perjalanan dengan feri cepat akan mengambil masa 45 minit untuk anda sampai ke bandar Sabang dan 1 jam 45 minit jika menggunakan feri lambat.

Berikut ini adalah tempat-tempat lawatan menarik di pulau Weh atau Bandar Sabang yang kami sediakan untuk tuan/puan sehingga sebelum melancong ke Aceh sudah mempunyai gambaran tempat-tempat lawatan menarik yang ada di Sabang.

  1. Pelabuhan Balohan
  2. View Bukit Balohan
  3. Benteng Jepun
  4. Pantai Sumur Tiga
  5. Bandar Sabang
  6. Tapak Gajah Sabang
Skills

Posted on

March 5, 2020

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *